Sejarah penggubahan Stille Nacht, heilige Nacht

Potret Franz Xaver Gruber, penggubah lagu ini, dilukis oleh Sebastian Stief (1846)
"Malam Senyap"

Versi koral yang dipersembahkan oleh Korus Tentera Amerika Syarikat

"Stille Nacht, heilige Nacht"

Solo soprano solo yang dipersembahkan oleh Ernestine Schumann-Heink

Masalah mendengarkan fail ini? Sila lihat bantuan media.

Lagu ini pertama kali dipersembahkan pada malam Krismas tahun 1818 di gereja kariah St Nikola di Oberndorf, sebuah kampung di sungai Salzach. Paderi muda, Father Joseph Mohr telah datang ke Oberndorf pada tahun sebelumnya. Beliau telah menulis seni kata lagu "Stille Nacht" (Malam Senyap) pada 1816 di Mariapfarr, kampung halamannya bapanya di kawasan Salzburg Lungau, di mana Joseph telah bekerja sebagai adjutor bersama.

Melodinya digubah oleh Franz Xaver Gruber, seorang guru dan pemain organ di kampung yang berdekatan Arnsdorf. Sebelum malam Krismas, Mohr membawa seni kata lagunya kepada Gruber dan beliau bertanya kepada Gruber untuk mengarang melodi dan iringan gitar bagi suatu upacara gereja khusu.[3] Mereka berdua kemudiaannya mempersembahkan lagu itu ketika upacara misa tersebut pada malam 24 Disember.